Tuesday, December 28, 2010

Rindu mereka :)

tiba2 teringat zaman sekolah rendah. tak tahu kenapa. dulu, sekolah rendah aku ialah Sekolah Kebangsaan Undang Rembau. dari darjah 1 sampai 6 dekat situlah aku belajar. mula2, aku masuk kelas 1 Kenanga. biasalah, mula2 memang main masuk je sebab tak tahu pandai ke tak. random. best la jugak. excited sebab baru masuk sekolah. budak2 la katakan. tapi dari darjah 2 sampai 6, aku tukar kelas. kelas mawar. lagi excited sebab kelas no 1. hahaha. masa kecik2 jela pandai. dah besar erkkkk. 

naik darjah 3, ada PTS. (Peperiksaan Tahap Satu). yang boleh lompat kelas terus ke darjah 5 tu. frust sbb x berjaya. kalau tak silap, ada beberapa orang je yang berjaya. antaranya, suhana, rabiatul. yang lain tak ingat. masa darjah 1 sampai 3 nie tak banyak sangat la kenangan. yela, masih budak2. yang ingat pun, benda2 biasa. aku memang dah kawan dengan ikin dan ana masa tu.

naik darjah 4, kawan tambah ramai. tambah2, ayu dengan farhana masuk kelas mawar. kami mula rapat sejak itu. best memang best sebab satu kepala. tambah2 ikin yang bising. hahaha. lagi satu kan, ada sorang budak nie kuat nangis. malas lah cakap siapa. *ampun!* lagi sorang kawan, hanafi. aku dah lama kenal dia. sebab mak aku dengan ayah dia satu tempat kerja. aku pun tengahari tumpang rumah dia. so, kami rapat dan agak baik la. tapi masa darjah 4, dia pindah ke Kota. lepas tu, dia dah tak sekolah di URESS. dia pun nakal. hahaha. 

naik darjah 5, lagi bertambah la kepoyoan. sebab dah jadi pengawas. masa tu, geng dah wujud. ikin, ayu, farhana dengan aku, kami berempat memang antara yang dikenali la. yang paling aku ingat. aku dengan farhana selalu gaduh. entah. asyik bertekak je. kelakar. dia agak keras kepala. masa darjah 5 nie jugak, zai join group kami. dia bukan prefect agaknya sebab tu dia senyap sikit kot. hehe. haa nie lagi sorang. nadira.dia dulu duduk jb. lepas tu pindah rembau dan kami start berkawan. 

darjah 6. UPSR. aku tahu dulu aku agak lemah dalam matapelajaran sains. haha. selalu dapat b or c. a memang tak pernah la. ada sekali trial, aku dapat 4a 1b. b tu dah tentu la sains. macam mana la aku nak pandai sains nie. lepas keputusan upsr keluar, aku, ayu, ikin dgn dira dpt 5a. kami berpecah. aku ke sekolah berasrama penuh di stj. ikin ke mrsm kuala klawang. ayu, zai n dira ke uress. dira pun lepas tu pindah ke seseri. ana pulak ke shams. jumpa ana sekali masa tu tudung labuh. alahai malu pulak aku. hehe. tapi persahabatan kami tak penah putus. cuma aku je yang agak segan sedikit dengan dorg. agaknya sebab 5 tahun di sekolah yang berbeza di kuala pilah buat aku jadi segan sikit la kot. di stj pulak, aku jumpa arfa. sebenarnya, kami dah kenal masa sekolah fardu ain. tapi berbeza sekolah kebangsaan. jadi, sama2 di stj tapi arfa pindah masuk uress lepas tu. jumpa balik hari tu dia makin cantik. :) ehh tertinggal lagi sorang, ana. kami dulu ala2 kembar di sekolah. sebab dia lahir 17 disember. aku lahir 25 disember. skang nie dia study kat jepun. 

tapi baru2 ni, masa raya aidilfitri, aku join mereka konvoi raya. memang ramai la yang aku tak kenal. ada beberapa orang je kenal. antaranya, ikin, ayu, zai, dira, aina, aqilah, eleena, hifzudin. tu je kot. ramai kawan lelaki mase sekolah rendah pun pindah sekolah. tak bersekolah di uress. rafiq, fahmi, shafiq pun ada juga. proud of you my dear :) walau apa pun, kami tetap sahabat baik.

RINDU ...


Noridayu Ismail dan Norshafikin Azwa Norahman

ayu:  si lesung pipit tak beragak. dia comel. bagi aku, dia seorang yang cool. lesung pipit tu buat dia makin comel. 

ikin: si gila2. mulut dia bising. kadang2 tak betul minah nie. hahaha. dah tunag dah pun :)


Zai Suhairah Arshad dan Nur Atiqah Arfa Azmi

zai: lembut je. macam sejuk je tgk muka dia. haha. ala2 wanita melayu terakhir.

arfa: kenal dia masa sekolah fardu ain. terus masuk stj sama. tapi arfa pindah masuk uress. dia comel. kecik je. tapi skang dia tinggi. jeles :P


Nadira Syazwani Mohd Shafie

dira: tinggi. dia pun macam pemalu jugak. pendiam. suka tengok tahi lalat tepi bibir dia. sweet :)


Nur Farhana bt Roseli

ana: kakak masa sekolah. tetap maintain kecik je dia nie. haha. skang blaja kat jepun pulak. rindu kat dia :)



ayu, dira, ikin :)


ikin, zai, zati, ayu :)



shafiq, fahmi, rafiq, ikin, zati, ayu :)


A friend is someone who reaches out for your hand...and touches your heart. 

Friendship is delicate as a glass, once broken it can be fixed but there will always be cracks 

Treat your friends as you do your pictures and place them in their best light. 

Love,
NBB :)

Hadiah kunci kebebasan :)

21 tahun

ada apa dengan angka 21? soalan yang sama dengan post sebelum ini. memang kalau diikutkan tiada apa. cuma pertambahan umur seseorang individu. bagi aku, umur jela tambah, yang lain2 tak tambah pun. hehehe. tapi, di sebalik angka 21 tahun ni, banyak cerita dan kenangan tersimpan. memang tak sangka! yaa, hari itu, adalah hari lahir saya. 

tapi pagi 25 disember 2010 adalah satu kenangan indah sangat2. indahla jugak sebab tiada hint, clue or apa2 yang boleh menunjukkan apa yang bakal berlaku pagi itu. alkisah bermula selepas bangun tidur, 
adik cakap 'kak long, cepatlah siap mandi semua. nak pegi tampin beli kek, mak ayah pegi gunting rambut kejap'. ehh mula2 semalam cakap aku je yang pegi beli kek tapi kenapa pagi ini, tukar rancangan pula?

ok lah, aku pun ikut jela mandi semua dan bersiap2 sementara nak tunggu mak ayah pulang dari gunting rambut. tiba2 adik cakap, 'kak long, pakaila baju warna merah'. ahh, kesah pula aku. memang warna kegemaran aku adalah merah. rasanya, semua family dan rakan2 rapat tahu tentang favourite aku yang satu itu. habis semua benda nak warna merah. mulanya, aku berdegil nak pakai baju warna lain, tapi entah kenapa aku menurut sahaja cakap adik. itu pun lepas dia cakap, dia nak gosokkan. :P

lepas dah siap2 semua, aku pun tunggu la mak ayah. dalam hati berdetik juga, kenapa mak perlu ikut ayah gunting rambut? apa kena mengena?  ok la, malas mahu melayan pertanyaan2 macam tu, aku pun sambung balik tengok cerita korea yang tak habis2 lagi dari semalam tu. layan punya layan, tiba2 mak muncul di muka pintu. aku pun terus shut down laptop dan keluar ke depan rumah. adik dan angah dah bising2 suruh cepat. alaa, rilek la beli kek je kot nak cepat apala sangat.

aku pun keluar. tapi lepas tu, aku tanya mak, 'mak, kenapa parking kereta honda bawah garaj? kan nak pergi beli kek? ayah mana? ini jawapan mak: 
'laaa, aahla kenapa la mak parking kereta pulak. haiihhh. ayah kat belakang cari barang apa tah'


aku diam jela. tunggu ayah sekejap kononnya. 

tak payah nak tunggu sangat la kan. tak sampai beberapa minit lepas tu, ada sebuah kereta proton persona masuk. aku pada mulanya tak nampak sangat siapa yang drive kereta tu. al maklumla, rabun. tapi, sumpah masa tu, jantung aku punyala laju berdegup. yang pasti, kereta tu warna merah. semua family pun pakai baju warna merah pagi hari lahir aku. dah macam apa dah. haha. saat tu juga, aku sedar aku terkena ala2 wakenabeb di pagi hari lahir aku. tambah terkejut, ayah yang keluarr dari kereta tu. okay, aku tahu kereta proton persona tu aku yang punya. aku melompat2 macam monyet okay pagi tu. hahahahahaha. memang aku ada cakap2 kosong dengan mak ayah aku nak kereta warna merah. tak sangka jadi kenyataan.

ayah, mak, angah dan adik semua tergelak2 tengok aku macam orang nak menangis. ayah serahkan kunci kereta tu pada aku. it's officially mine now :) lama juga aku terkedu dengan pemberian hadiah hari lahir aku yang satu ini. sumpah terkejut! nak dijadikan cerita, memang sebelum ini, aku dah tahu mak ayah nak belikan aku kereta tapi aku tak tahu secepat ini. rupa2nya, mereka semua dah bincang tanpa pengetahuan aku. tapi semua itu kantoi lepas pihak bank call aku sendiri tanya pasal hal ini. mereka tak boleh nak tutup mulut dah. cuma apa yang pasti, aku tak tahu kereta apa, warna apa, dan segala2nya la. tapi, kantoi lagi sekali kereta jenis apa lepas aku sendiri pergi sign agreement. aku curi2 pandang agreement tu :)

jadi, apa yang tinggal rahsia sebelum segalanya ada depan mata adalah, warna kereta dan juga no plat. mak ayah main2 cakap dengan aku, 'takda sapa nak belikan  kau kereta baru kak long. ayah belikan kereta 2nd hand je'. ok la ayah, tak kesah pun kereta baru ke tak. lagi satu rahsia yang aku tak tahu, rupa2nya kereta tu dah ada seminggu yang lepas sebelum birthday aku. mak ayah saja taknak pegi amik sebab nak bagi masa birthday aku. sebenarnya, ini adalah hadiah konvo dan birthday. aku rasalah :)

apa2 pun, terima kasih mak dan ayah. juga adik dan angah yang turut sama menjadi pelakon dalam cerita ini. pandailah korang berkomplot ye. 

TERIMA KASIH MAK DAN AYAH ATAS PEMBERIAN BERHARGA INI :))
KAK LONG SAYANG MAK DAN AYAH :))

ok dah tak tahu nak cakap apa lagi.

jantung hati

angah

angah n adik

mereka saya punya :)

wan :)

:D

25 Disember 2010 :)

Love,
NBB :)

Monday, December 27, 2010

Cerita malam 21 :)

ada apa dengan angka 21? ehh banyak makna mungkin. ada orang kata, kunci kebebasan.
tapi, bagi aku, kebebasan itu sudah lama aku merasa dalam erti kata lain, aku tak lah dikongkong sangat. 
walaupun kadang2 ye jugak. hahahaha. memang tak dinafikan, setiap tahun aku teruja nak masuk ke angka lain.
bukan apa, orang lain yang sebaya dengan aku sudah lama jejak kaki ke angka itu, tapi aku yang lahir akhir tahun nie memang lambatla. tambah teruja setiap tahun, birthday aku mesti jatuh pada hari cuti. bukan Malaysia sahaja, satu dunia kot :P

HAPPY BIRTHDAY KAK LONG :)
25 DISEMBER 1989
21 TAHUN

aku tahu, adik2 sedikit cemburu bila setiap tahun, mak ayah akan buat sedikit makan2 sempena birthday aku. sebenarnya, bukanlah untuk meraikan birthday, tapi lebih kepada ala2 mengumpulkan ahli keluarga. tambahan pula, dah hujung tahun dan cuti pula. jadi apa lagi buatla makan2 sikit. nak dijadikan cerita, birthday adik saudara pun jatuh keesokan harinya.

HAPPY BIRTHDAY SYAHIR :)
26 DISEMBER 2002
8 TAHUN

malam itu, aku tak tahu kenapa macam malas nak bercampur dengan sepupu2 yang lain. sebenarnya, nak temgok cerita korea. walaupun cerita lama, tapi baru pertama kali tgk, agakla LAME jugakla aku nie. orang lain dah tengok cerita tu entah ke berapa kali agaknya. aku baru nak tengok. COFFEE PRINCE. layan punya layan, tak sedar dah pukul 12. ada juga la beberapa sms dari rakan2 mengucapkan selamat hari lahir. sibuk sangat layan cerita korea tu, aku dah tak amik port apa sepupu2 lain buat.

tiba2, makcik panggil, ' ehh kak long, meh sini kejap haa'. aku dengan muka tak bersalah keluar dari bilik. punyalah tak expect apa2, tiba2 keluar je dari bilik haa amik kau. kene selubung dekat selimut. menjerit2 la apa lagi. siap tergolek bagai sebab terkejut kene selubung. terjatuh la jugak. siap diangkat lagi. bila lampu dibuka, nah! ada 4 biji cupcake comel siap ada lilin lagi. lilin yang guna bila rumah takda elektrik tu. hahaha. kejutan dari sepupu2 ku. sungguh tak sangka mereka buat macam tu. TERIMA KASIH KAK LANG, ZATI, JIHA DAN MIRA.  dengan muka tak bersalah, aku terus makan satu dari cupcake tu. hahahaha.

cupcake tu kesian je. bukan lebih nak makan. tapi lebih nak buat lukisan mural dekat muka. memang cantikla muka malam tu kene conteng dengan krim cupcake tu. haihh. apa nak buat. redha jela kan. setahun sekali je dapat buat macam tu. dah lepas sesi conteng2, basuh muka layan balik cerita korea tu. 

THANKS FOR THAT MEMORABLE NIGHT.
angah, adik, kak lang, zati, jihah dan mira :D
korang buat kak long muka macam hantu pocong taw tak? :P




sory satu cupcake dah makan

okay memang hodoh kan. tapi lantakla. :P



Love,
NBB :)



Aww, tunangan orang laa :)

untungla dah jadi tunangan orang. congratulation ikin. diam tak diam kau nie laju ye. hahahaha. rilek dulu babe, baru 21 kot, kau dah jadi tunangan orang. mcm mana nak lepak2 dgn kau n ayu nanti? mesti dah tak boleh sangat mcm dulu kan. tinggal la ayu dgn aku je. lepas nie, ayu pulak menyusul. (*ayu, ini doa. amin!*)

aku mula2 tak percaya kau nak tunang masa ayu bgtau aku. aku ingat lagi dia wall post kt fb. "make yourself free on 18 dis". aku dah tertanya-tanya kenapa pulak nie. masa tu pulak aku kt shah alam, internet punyela slow macam ape tah so line tersekat2. aku geram terus msg kau kan kin. tanya ada apa dgn 18hb. at the same time, aku komen2 dgn ayu kt fb yang lembab tu. eh eh eh aku suka sgt dgr bila kau ckp yang kau nk bertunang. sebenarnya, tak percaya jugak. hahaha. bukan tak percaya apa, tapi kau tu betul dah ke nak jadi tunangan orang. terus aku terpikir. rasenye beberapa hari lepas tu, aku pegi bilik ayu. bilik dia dekat je dgn aku. same level lain blok je. so senang. aku terus tanya ayu, betul ke? ayu pun mula2 gelak gak aku tanya mcm tu. eleyh dia pun mcm tak pecaya kan ayu? hahahaha.

walau apa pun, sekarang ikin tetap dah jadi tunangan orang. tunang kepada mohd hanif. tahniah ikin. kau nampak cantik masa hari tu. beringat sikit dah jadi tunangan orang tu elok2 sikit jagan nak buat macam kami yang masih muda bergaya single mingle nie. hahaha.







p/s: Saya sayang awak berdua Nor Idayu Ismail dan Norshafikin Azwa Norahman :)

Love,
NBB :)

Thursday, December 16, 2010

Rainbow :)

Hidup macam pelangi.
Ada banyak warna.
Ada gelap, ada terang.
Tapi tetap cantik.
Setiap satu warna ada maksud tersendiri.
Kadangkadang terasa macam dekat.
Rasa senang nak capai.
Tapi tak mampu.
Lumrah hidup.
Hidup bukan sekadar berdiri.
Tapi berdiri dengan penuh yakin. 
Baru hidup akan berjaya.
Jangan hidup dalam bayangbayang.
Kelak akan mati. 
Mati dalam bayangbayang yang tiada titik.
Tapi, hiduplah macam matahari.
Sentiasa bersinar dan panas.
Panas bukan membakar diri.
Tapi untuk menerangi duniawi.
Coraklah hidup dengan sendiri.
Kemudi ia dengan sewajarnya.

Love,
NBB :)

Sunday, December 12, 2010

bila dah jatuh, agak2 boleh bangun tak?

MALUUUUUUUUUU!
11 disember 2010.
hebat! mmg hebat!
jatuh depan orang ramai.
dah la pakai baju kurung.
sbb nak pegi wedding shaz kt klang.
lepas jatuh, bangun rilek je buat mcm takde ape, terus beli tiket.
dah tak peduli ape orang nak ckp,
orang pandang ke apa ke.
bila pikir2 balik. tergelak besar gak. 
hahahahahahaha.

P/S: bila jatuh, bangun buat mcm biasa. barulah COOL
owh ya, SELAMAT PENGANTIN BARU buat TENGKU NUR SHAZWANI BT TENGKU SHAIFUL BAHRI dan MOHD AZHARUDDIN SYAH :)

With Love,
NBB :)

Friday, December 10, 2010

Alhamdulillah.

I am so happy today.
Managed to get what i want for this semester.
Unexpected.
Yes, i can do it.
A gift from me to my family :)

Aim for the higher,  ANC
:)

bersuka-ria

cuti kadang-kadang bosan.
taktaw nak buat apa kan.
at last, kami semua ke melaka.
takde keje kan.
berjalan bersama2 cousins mmg seronok.
banyak ragam.
konon nak pegi a'famosa bagai, last2 duit abes kt DP n MP.
hahahaha.


With Love,
NBB :)

Wednesday, December 8, 2010

Konvokesyen :)


28 NOVEMBER 2010
AHAD
DEWAN SRI BUDIMAN, UITM SHAH ALAM :)




setiap apa yang kita buat, mesti nak ada hasil dan pulangan kan?
rasanya, inilah hasil terbaik yang boleh diberi untuk 3 tahun pengajian di UITM Lendu, Melaka.
owhhh hati sangat berbunga-bunga naik ke pentas dengan skrin menunjukkan 2 bintang :D
nak dapat 3 bintang alamakkk tak tercapai la pulak. huhu.
tapi walau apa pun, ianya satu kepuasan dan yang pastinya kebanggaan keluarga :)


dari sebelum konvo lagi, dah bising cakap kat mak. nak bunga, nak bunga, nak bunga, at last dapat jugak. heeee~
bukan satu, tapi dapat tiga :)

nie bunga dari mak.
terima kasih mak.

owhh, angah n adik pun bagi juga. eleyhh mula2 konon taknak bagi.
terima kasih angah n adik.




tapi keluar je dewan, hujan lebat sangat2. erghh, jadinye, sikit jela gambar yang dapat tangkap.
tak apa, dgree masih ada kan? 
insyaallah :)








Love,
NBB :)




Tuesday, November 16, 2010

Hagemaru :)




When I see your face

There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are

Awak sensitif, cepat terasa, garang, kuat merajuk. 
Kadangkadang pening jugak mcm mana nak handle awak.
Hahahah. Tapi tak jadi hal la.
Awak kuat kan?
<3

Love,
NBB :)

Rindu








Dia kawan baik saya.
Dia juga banyak membantu saya ketika zaman diploma.
Dia ala-ala sumber inspirasi saya.
Dia 'gatal', kuat makan, kuat tido, terlampau teliti dan comel (urghhh, bolehla, hahaha)
Walau apa pun, dia tetap kawan baik saya.
Saya rindu dia.

P/S: I love you RINA SARAH BT MOHD RAZALI
*my kura-kura*



Owh ya, mereka juga.
Group yang sangatsangat sporting dan have fun yaww!
Saya rindu dan ingin bekerja dengan kalian lagi.
 P/S: Saya sayang awak semua Noi, Suzy, Keen, Rina n Hadri :)
Always :)


Ini lagi satu. Mereka penyeri hidup saya selama 3 tahun di Melaka.
Semoga kalian berjaya dalam apa jua yaa.
Dmc F :)


Love,
NBB :)

Semester 3 berakhir.

Cuti bermula.
Semester 3 berakhir dengan jayanya. 
Memang lebih susah dari zaman diploma di Melaka. 
Itu adat. Makin tinggi, makin susah. Kan?

Apa yang penting, dunia baru yang ditempuhi.
Kawan baru yang diterima.
Perangai berbeza yang mesti diakui.
Cara hidup yang sedikit berubah, mungkin dari segi pengurusan masa dll.
Tapi, saya tetap gembira.

Terima kasih MC21S3C.
Saya sayang awak semua.
Hariz, Abul, Ikhwan, Ijat, Ajan, Nash, Syed, Azzah, Hajar, Mune, Mint, Iman, Wani, Lala, Ann, Nad, Shiera, Mia, Suzy, Pia, Khaira, Aisyah, Eka, Abby, Mieza, Aliah, Ima, Ezah, Awatif, Jojo, Ein, Ony, Anis
<3

the best :)
korg havoc
<3


Terima kasih sekali lagi dan harap berjumpa semester 4 nanti.
P/S: Kita berdoa supaya result sume gempak okay :)

Love,
NBB :)


Tuesday, October 5, 2010

Permulaan :)

Hello. Ini merupakan 'first entry' untuk blog nie. Memang sebelum nie dah ada post tapi untuk assignment on9 Journalism semata-mata. Tiba2 tergerak hati pula nak hidupkan blog nie. Jadi, mulalah menulis sikitsikit. Apa nak cerita yaa? Memandangkan ini permulaan kepada blog saya, jadi ini adalah cerita tentang diri saya :)
  • Nur Baizura bt Bahman
  •   25 Disember 1989
  • Anak sulung dari 3 adik-beradik
  • Sangattttt berminat dengan KASUT dan warna MERAH :)
  • Fav. quotation : Appreciate everything in front of your eyes because it is nothing when you left it behind :) (N.Baizura Bahman, 2010)
Hidup perlu ada keinginan kerana di situ mulanya cita-cita yang menjadikan kita berusaha lalu akan terhasil kejayaan jika ia disertakan dengan doa dan kerja keras :)

Love,
NBB :)

Friday, September 17, 2010

Kewartawanan dalam Talian Mempunyai Kredibiliti yang Rendah Berbanding Akhbar Arus Perdana.







Komputer
Dunia sekarang dipenuhi dengan teknologi moden yang dahulunya tidak terjangkau oleh manusia. Kemajuan yang dikecapi ini adalah satu faktor yang membolehkan orang ramai hidup dalam keadaan yang lebih mudah berbanding zaman dahulu. Kita sepatutnya bersyukur dengan kemudahan dan menggunakannya dengan sebaik mungkin dan tidak sewenang-wenangnya teknologi ini disalahertikan. Pada era globalisasi ini, kita dituntut untuk memahami dan mengerti ilmu teknologi seperti aplikasi komputer khususnya internet. Ianya memberi impak yang sangat besar dari segi kehidupan dan kerja seharian kerana penggunaan yang efisyen membolehkan kerja dilakukan dengan cekap dan pantas.

Logo Facebook
Kewartawanan dalam talian adalah satu cabang daripada gerbang informasi yang membolehkan orang ramai mengakses berita atau maklumat dalam jangka waktu yang singkat. Seiring dengan kemajuan ini, wujudnya berita secara atas talian, blog, laman sesawang yang membolehkan kita mencari maklumat serta laman sosial seperti Facebook, MySpace, Twitter dan sebagainya yang memberi kita peluang untuk menambah kenalan. Memang diakui bahawa teknologi internet ini memberi satu kesan besar dalam kehidupan orang ramai tetapi dewasa ini, kredibilitinya diragui. Kredibiliti di sini bermaksud keupayaan kewartawanan dalam talian itu sendiri dalam memberi maklumat yang tepat kepada orang ramai jika dibandingkan dengan akhbar arus perdana. Akhbar arus perdana terdiri daripada akhbar bukan tabloid seperti Berita Harian (BH), Utusan Malaysia (UM), The Star dan News Straits Times. Akhbar seperti ini memang diakui kewujudannya adalah untuk memberi pengetahuan tentang apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita tidak kira dalam negara mahupun luar negara.
Logo Twitter

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kredibiliti kewartawanan dalam talian ini jauh lebih rendah berbanding akhbar arus perdana. Perkara pertama yang menyebabkan hal ini terjadi adalah kerana tiada bukti yang sahih atau sumber yang boleh dipercayai apabila sesuatu bahan berita atau penulisan itu ditulis. Ini kerana sesiapa sahaja berhak mengekspresikan idea mereka dan menulis dalam talian contohnya melalui penggunaan blog yang semakin popular ketika ini. Bukan semua orang mampu menulis dengan baik dan kadangkala penulisan seseorang itu akan mudah terpengaruh dengan emosi, perasaan atau apa sahaja perkaitan yang mampu membuatkan mereka menulis tentang sesuatu hal ketika itu. Jadi, kredibiliti kewartawanan dalam talian agak rendah berbanding akhbar arus perdana. Seperti yang kita ketahui, akhbar arus perdana telah mempunyai wartawan-wartawan yang telah dilatih dengan sempurna untuk mencari dan menulis berita dengan sempurna. Wartawan mesti menulis yang sebenarnya tentang semua perkara. (Ku Seman, 2009). Hal ini menunjukkan kredibiliti akhbar arus perdana lebih berkesan daripada kewartawanan dalam talian.

Berita Harian
Selain itu, berita atau informasi yang diberikan mestilah tulus dan tepat dari segi intipatinya. Kewartawanan dalam talian membenarkan sesiapa sahaja termasuk ahli politik, golongan professional hatta orang awam sekalipun untuk menulis. Mereka bebas menulis atas dasar bukti yang dirasakan benar kerana telah dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan termaktubnya kebebasan bersuara tetapi ada batasannya. Penulis terlalu bebas menulis dan kadang kala gaya penulisan mereka itu mampu menarik minat pembaca lain terutamanya penulisan menerusi blog. Kebanyakkan mereka yang menulis blog ini tidak mempunyai latar belakang kewartawanan. Hari ini, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan idea mereka dan memberikan pandangan yang mereka rasakan tidak kena pada jiwa mereka. Menurut Adabi, 2010, ada juga yang sanggup menulis blog dengan alasan 'untuk mengirimkan seseorang ke neraka'. Semuanya menggambarkan betapa mudahnya hukuman dan hujahan yang dibuat oleh seseorang penulis tanpa pertimbangan undang-undang, moral, etika kewartawanan dan perasaan kemanusiaan. Lebih fatal lagi, mereka menjadikan blog sebagai medan meluahkan perasaan, sekali gus sebagai pendakwa dan hakim yang memutuskan kesalahan orang lain. Keadaan ini menggambarkan betapa blog yang dianggap antara media baru paling laris di seluruh dunia, masih muda kualiti kewartawanannya.

Utusan Malaysia
Orang ramai akan mudah menerima berita yang mereka rasakan sensasi daripada perkhabaran yang sebetulnya. Hal ini kerana, tiada pengampang ataupun dipanggil sebagai gatekeeper. Semua berita yang dirasakan mampu menarik minat pembaca akan dimasukkan. Jika dilihat kembali pada kebanyakkan kandungan kewartawanan dalam talian, tidak dinafikan ianya lebih menjurus kepada isu gosip dan berita hangat. Contohnya, laman web Oh Artis tertumpu kepada hal-hal berkaitan kehidupan artis dan kadangkala sehingga menyentuh isu luaran dan dalaman seseorang artis tersebut. Memang sifat seorang artis adalah menjadi public figure tetapi tidaklah sampai mengaibkan mereka. Hal-hal sebegini mampu menimbulkan fitnah dan khabar angin yang secara lahiriahnya menjadikan kredibiliti kewartawanan dalam talian itu tidak begitu tepat dan kurang kredibilitinya. Akhbar arus perdana seperti yang diketahui mempunyai editor yang berfungsi sebagai orang yang bertanggungjawab menapis atau memilih berita mana yang sesuai untuk disiarkan jadi isi kandungan akhbar arus perdana lebih jitu dan benar dalam istilah kewartawanan.

Tidak dinafikan pengaruh kewartawanan dalam talian pada masa kini lebih kuat berbanding akhbar arus perdana tetapi harus diingat kredibiliti sesuatu bahan itu disampaikan adalah lebih penting. Akhbar arus perdana juga mempunyai bahagian atau ruangan berkenaan hiburan contohnya Mega (Utusan Malaysia) dan Bintang Popular (Berita Harian) tetapi berita yang disampaikan adalah lebih telus. Kredibiliti akhbar arus perdana masih tiada tandingan kerana perlu diingat, kewartawanan dalam talian memerlukan pembaca mempunyai kemudahan internet. Tidak semua orang mempunyai kemudahan itu berbanding akhbar arus perdana yang boleh didapati di kedai. Tambahan pula, berapa ramai pembaca yang mampu menghadap skrin komputer untuk jangka waktu yang lama. Berbanding akhbar arus perdana yang boleh berulang kali dibaca dan dilipat ianya nampak lebih mudah dan memberikan keselesaan kepada pembaca. Tampak nyata, kredibiliti akhbar arus perdana masih tinggi berbanding kewartawanan dalam talian.

The Star
Justeru itu, pembaca perlu memilih bahan bacaan yang tepat untuk dipercayai kerana kadang kala perkara sebegitu memberi impak yang besar dalam mempengaruhi kehidupan seseorang. Kewartawanan dalam talian sebenarnya masih baru di negara kita tambahan pula kini terdapat pengaruh-pengaruh luar yang menjadikan kewartawanan dalam talian sebagai tempat meluahkan perasaan sehingga menjadikan penulisan mereka berbaur fitnah, kecaman dan menyentuh isu-isu yang tidak sepatutnya. Setiap pihak yang terlibat seharusnya mematuhi etika-etika yang diperlukan ketika menulis dalam talian. Sebenarnya, akhbar arus perdana dan kewartawanan dalam talian mempunyai satu misi yang sama iaitu memberikan informasi kepada pembaca tetapi apa yang penting terpulang kepada pembaca itu sendiri untuk memilih bahan bacaan mana yang dirasakan benar dan telus dalam penyampaian isinya.