tiba2 teringat zaman sekolah rendah. tak tahu kenapa. dulu, sekolah rendah aku ialah Sekolah Kebangsaan Undang Rembau. dari darjah 1 sampai 6 dekat situlah aku belajar. mula2, aku masuk kelas 1 Kenanga. biasalah, mula2 memang main masuk je sebab tak tahu pandai ke tak. random. best la jugak. excited sebab baru masuk sekolah. budak2 la katakan. tapi dari darjah 2 sampai 6, aku tukar kelas. kelas mawar. lagi excited sebab kelas no 1. hahaha. masa kecik2 jela pandai. dah besar erkkkk.
naik darjah 3, ada PTS. (Peperiksaan Tahap Satu). yang boleh lompat kelas terus ke darjah 5 tu. frust sbb x berjaya. kalau tak silap, ada beberapa orang je yang berjaya. antaranya, suhana, rabiatul. yang lain tak ingat. masa darjah 1 sampai 3 nie tak banyak sangat la kenangan. yela, masih budak2. yang ingat pun, benda2 biasa. aku memang dah kawan dengan ikin dan ana masa tu.
naik darjah 4, kawan tambah ramai. tambah2, ayu dengan farhana masuk kelas mawar. kami mula rapat sejak itu. best memang best sebab satu kepala. tambah2 ikin yang bising. hahaha. lagi satu kan, ada sorang budak nie kuat nangis. malas lah cakap siapa. *ampun!* lagi sorang kawan, hanafi. aku dah lama kenal dia. sebab mak aku dengan ayah dia satu tempat kerja. aku pun tengahari tumpang rumah dia. so, kami rapat dan agak baik la. tapi masa darjah 4, dia pindah ke Kota. lepas tu, dia dah tak sekolah di URESS. dia pun nakal. hahaha.
naik darjah 5, lagi bertambah la kepoyoan. sebab dah jadi pengawas. masa tu, geng dah wujud. ikin, ayu, farhana dengan aku, kami berempat memang antara yang dikenali la. yang paling aku ingat. aku dengan farhana selalu gaduh. entah. asyik bertekak je. kelakar. dia agak keras kepala. masa darjah 5 nie jugak, zai join group kami. dia bukan prefect agaknya sebab tu dia senyap sikit kot. hehe. haa nie lagi sorang. nadira.dia dulu duduk jb. lepas tu pindah rembau dan kami start berkawan.
darjah 6. UPSR. aku tahu dulu aku agak lemah dalam matapelajaran sains. haha. selalu dapat b or c. a memang tak pernah la. ada sekali trial, aku dapat 4a 1b. b tu dah tentu la sains. macam mana la aku nak pandai sains nie. lepas keputusan upsr keluar, aku, ayu, ikin dgn dira dpt 5a. kami berpecah. aku ke sekolah berasrama penuh di stj. ikin ke mrsm kuala klawang. ayu, zai n dira ke uress. dira pun lepas tu pindah ke seseri. ana pulak ke shams. jumpa ana sekali masa tu tudung labuh. alahai malu pulak aku. hehe. tapi persahabatan kami tak penah putus. cuma aku je yang agak segan sedikit dengan dorg. agaknya sebab 5 tahun di sekolah yang berbeza di kuala pilah buat aku jadi segan sikit la kot. di stj pulak, aku jumpa arfa. sebenarnya, kami dah kenal masa sekolah fardu ain. tapi berbeza sekolah kebangsaan. jadi, sama2 di stj tapi arfa pindah masuk uress lepas tu. jumpa balik hari tu dia makin cantik. :) ehh tertinggal lagi sorang, ana. kami dulu ala2 kembar di sekolah. sebab dia lahir 17 disember. aku lahir 25 disember. skang nie dia study kat jepun.
tapi baru2 ni, masa raya aidilfitri, aku join mereka konvoi raya. memang ramai la yang aku tak kenal. ada beberapa orang je kenal. antaranya, ikin, ayu, zai, dira, aina, aqilah, eleena, hifzudin. tu je kot. ramai kawan lelaki mase sekolah rendah pun pindah sekolah. tak bersekolah di uress. rafiq, fahmi, shafiq pun ada juga. proud of you my dear :) walau apa pun, kami tetap sahabat baik.
RINDU ...
Noridayu Ismail dan Norshafikin Azwa Norahman
ayu: si lesung pipit tak beragak. dia comel. bagi aku, dia seorang yang cool. lesung pipit tu buat dia makin comel.
ikin: si gila2. mulut dia bising. kadang2 tak betul minah nie. hahaha. dah tunag dah pun :)
Zai Suhairah Arshad dan Nur Atiqah Arfa Azmi
zai: lembut je. macam sejuk je tgk muka dia. haha. ala2 wanita melayu terakhir.
arfa: kenal dia masa sekolah fardu ain. terus masuk stj sama. tapi arfa pindah masuk uress. dia comel. kecik je. tapi skang dia tinggi. jeles :P
Nadira Syazwani Mohd Shafie
dira: tinggi. dia pun macam pemalu jugak. pendiam. suka tengok tahi lalat tepi bibir dia. sweet :)
Nur Farhana bt Roseli
ana: kakak masa sekolah. tetap maintain kecik je dia nie. haha. skang blaja kat jepun pulak. rindu kat dia :)
ayu, dira, ikin :)
ikin, zai, zati, ayu :)
shafiq, fahmi, rafiq, ikin, zati, ayu :)
A friend is someone who reaches out for your hand...and touches your heart.
Friendship is delicate as a glass, once broken it can be fixed but there will always be cracks
Treat your friends as you do your pictures and place them in their best light.
Love,
NBB :)